Parkinson

Parkinson merupakan penyakit di mana daya kawalan otot seseorang merosot sehingga seseorang itu tidak dapat mengurus diri sendiri. Penyakit ini biasanya dialami oleh golongan warga emas. Pesakit Parkinson dapat menjalankan aktiviti harian jika mereka mendapatkan rawatan.

Gejala Parkinson

a) Tangan, kaki atau badan menggeletar
b) Masalah pergerakan yang tidak normal dan kerap tumbang

Rawatan

a) Kaunseling
b) Pembedahan rangsangan otak dalaman
c) Pengambilan ubat

Pesakit Parkinson yang tidak mendapatkan rawatan mudah mendapat penyakit lain seperti jangkitan paru-paru